Serukala dalam Jawi
Kembali ke Serukala

Padam akaun Serukala.

Anda boleh memadam akaun Serukala tanpa memasang semula aplikasi. Log masuk untuk mengesahkan pemilikan, semak akaun yang dipaparkan, kemudian sahkan pemadaman.

Apa yang dipadam?

Semua sandaran awan Serukala: penanda, sorotan dan sejarah Quran, rekod solat serta sejarah tasbih. Sambungan akaun dan semua sesi log masuk Serukala turut dipadam daripada pelayan.

Bila ia dipadam?

Serta-merta selepas anda mengesahkan pemadaman. Sandaran lama tidak boleh dipulihkan melalui Serukala.

Apa yang dikekalkan?

Akaun WartaAI dan akaun Google anda kekal. Rekod tetamu, salinan pada telefon serta fail sandaran yang dieksport tidak dipadam dari jauh. Untuk mengosongkan telefon, buka Tetapan Android → Aplikasi → Serukala → Storan → Padam data. Padam fail eksport secara berasingan.

Jika anda log masuk ke Serukala semula, sambungan akaun baharu akan dibuat. Sandaran lama tidak dikembalikan.

Teruskan untuk padam akaun

Tidak dapat log masuk?

Hantar permintaan bertajuk “Padam akaun Serukala” ke serukala@wartaai.com menggunakan e-mel akaun anda. Kami perlu mengesahkan pemilikan sebelum memadam data. Jangan hantar kata laluan atau kod pengesahan.

Dasar privasi Serukala · Dibawakan oleh WartaAI